Bahasa merupakan sesuatu yang indah. Dengan bahasa kita mendapat ilmu. Melalui bahasa kita bersatu. Dengan bahasa kita berkongsi pelbagai suka duka dengan orang lain dan memaparkan perkongsian mengenai Bahasa Melayu yang mencakupi isu-isu semasa, tatabahasa, teknik pengajaran, soalan, dan sebagainya. Segala perkongsian adalah untuk kebaikan, namun jika terdapat kekurangan, semuanya bukan disengajakan. Sesungguhnya, perkongsian itu sesuatu yang terindah. http://geraksenandungselayu.blogspot.com.
Wednesday, 16 May 2012
Saturday, 5 May 2012
KESAN-KESAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)
Zaman beralih dan musim berubah. Fasa demi fasa perubahan
dunia telah berlaku. Dari zaman falsafah ke Zaman Renaissance, bertukar pula ke
zaman industri dan zaman atom, kini sampailah pada hari ini yang disebut dengan
zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam setiap zaman yang dilalui oleh manusia
telah menempuh pelbagai cabaran dan seyogianya manusia memperoleh pelbagai
input baharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang ICT telah
berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Teknologi
ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam
bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Sesungguhnya,
kemajuan teknologi ini meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama ada
implikasi yang positif atau negatif.
Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa
Sunday, 29 April 2012
Saturday, 28 April 2012
Rakaman Video Pengajaran Part 4
PART 4: Guru membuat rumusan berdasarkan kepada kandungan pelajaran akibat daripada menjaga kebersihan dan tidak menjaga kebersihan.Pengajaran diakhiri dengan penghayatan lagu berkaitan penjagaan alam sekitar
Rakaman Video Pengajaran Part 3
PART 3 : Bacaan murid dengan berpandukan buku teks , lakonan dan membina ayat secara lisan.Menjawab soalan dalam lembaran kerja , pemulihan dan pengayaan. Aktiviti di sambung dengan langkah 4
Rakaman Video Pengajaran Part 2
PART 2 : Bersoal jawab berpandukan kad gambar , power point , murid bersoal jawab dengan guru secara lisan berpandukan gambar-gambar yang ditunjukkan
PART 2
PART 2
Rakaman Video Pengajaran Part 1
PART 1 : Set Induksi berkaitan dengan kebersihan sekolah,rumah dan persekitaran.Menjelaskan tajuk pelajaran pada hari ini ialah “ Sekolahku Indah “ dan tema "Sekolahku Rumahku"
Thursday, 26 April 2012
Gotong-royong Membersihkan Sekolah
ARAHAN: Baca teks di bawah :
Pada hari yang telah ditetapkan, Wahida dan kawan-kawannya telah bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
Cikgu Normah : Wahida, saya melantik kamu dan Shanti untuk menjadi ketua kumpulan. Beritahu tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh anggota kumpulan kamu.
Wahida : Apakah tugas yang perlu dilakukan oleh kumpulan saya, cikgu?
Cikgu Normah : Tolong cat pasu bunga yang terdapat di kawasan perhimpunan. Shanti, beritahu anggota kumpulan kamu supaya menanam pokok-pokok bunga di taman mini. Ambil pasu bunga di stor, ya. Bolehkan kamu lakukan tugas itu, Shanti?
Shanti : Boleh, cikgu. Kalau kami ada masalah, kami akan bertanya kepada cikgu.
1. Aktiviti: Nyatakan ayat permintaan yang terdapat dalam perbualan di atas.
2. Andaikan kamu Wahida atau Shanthi,beritahu anggota kumpulan tentang tugas-tugas yang akan dilakukan.
3. Jika kamu terlibat dalam gotong royong itu,nyatakan jenis tugas yang kamu sukai,selain mengecat pasu bunga dan menanam pokok bunga.
SEKOLAHKU INDAH
Arahan: Lakonkan dialog di bawah:
Wahida : Apa khabar Shanti? Kamu kelihatan semakin sihat.Wajah kamu kelihatan ceria.
Shanti : Khabar baik Wahida. Kamu pun apa kurangnya. Saya berasa gembira kerana pada tahun ini kita naik ke tahun tiga.
Wahida : Saya lihat suasa di sekolah kita sudah berbeza. Sekolah kita semakin cantik. Pokok-pokok bunga di sekitar sekolah semakin subur.
Shanti : Betul kata kamu. Dahulu pokok-pokok bunga itu tidak subur. Sebenarnya ini usaha Cikgu Ramli, Guru Besar sekolah kita. Beliau yang ingin melihat sekolah kita kelihatan indah dan ceria.
Aktiviti:
1. Lawati persekitaran sekolah kamu.
2. Ceritakan persekitaran sekolah kamu di hadapan kelas. Wednesday, 25 April 2012
Saturday, 21 April 2012
Thursday, 19 April 2012
Saturday, 14 April 2012
Sunday, 8 April 2012
Monday, 2 April 2012
SALAM PERKENALAN-ASSALAMUALAIKUM W.R.T-W.K.T
Renung dan fikirkan siapa lah kita ini,lahir kita di
dunia ini tiada seurat benang yg menutupi tubuh kita,tiada ilmu pengatahuan yg kita tahu,tiada harta yg kita bawa,tiada pangkat dan kedudukan
disisi kita,setelah kita melalui peroses peringkat demi peringkat,kita menjadi
manusia yang memiliki segala-galanya.Jangan kita lupa yg kita perolehi bukan lah milik
kita,Bila dunia yg kita tinggalkan ini,kembali lah kita menemui Allah yg telah
mengurniakan kita segala2 yg di perolehi...Menadah tangan lah kita kepada Allah menjadi
hamba yg bersyukur,jangan menjadi kufur..berterima kasih lah kepada ibu bapa
juga sesama manusia supaya ianya menjadi amalan harian kita demi membina bangsa
yang gemilang dan terbilang melalui pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ….. perancang
dan pendidik menginsankan manusia supaya mereka berguna kepada diri, masyarakat
dan negara.. Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar
daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran
gurunya.…manakala rakan seperjuangan pula
……..pembuka bicara SELOKA KU….
Hendak pergi ke
Singapura,
Singgah sebentar di Kuala Kangsar,
Berkorban demi nusa dan negara,
Guru Pembina Negara Bangsa.
Singgah sebentar di Kuala Kangsar,
Berkorban demi nusa dan negara,
Guru Pembina Negara Bangsa.
Subscribe to:
Posts (Atom)