Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
,

Thursday 26 April 2012

Gotong-royong Membersihkan Sekolah

ARAHAN: Baca teks di bawah :

Pada hari yang telah ditetapkan, Wahida dan kawan-kawannya telah bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. 

Cikgu Normah : Wahida, saya melantik kamu dan Shanti untuk menjadi ketua kumpulan. Beritahu tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh anggota kumpulan kamu.

Wahida : Apakah tugas yang perlu dilakukan oleh kumpulan saya, cikgu?

Cikgu Normah : Tolong cat pasu bunga yang terdapat di kawasan perhimpunan. Shanti, beritahu anggota kumpulan kamu supaya menanam pokok-pokok bunga di taman mini. Ambil pasu bunga di stor, ya. Bolehkan kamu lakukan tugas itu, Shanti?

Shanti : Boleh, cikgu. Kalau kami ada masalah, kami akan bertanya kepada cikgu. 

Cikgu Normah : Bagus! Itulah sikap yang saya suka. Kalau kita tidak faham kita mesti bertanya. Sekarang mulakanlah tugas masing-masing.     

1. Aktiviti: Nyatakan ayat permintaan yang terdapat dalam perbualan di atas.
2. Andaikan kamu Wahida atau Shanthi,beritahu anggota kumpulan tentang tugas-tugas yang akan dilakukan.
3. Jika kamu terlibat dalam gotong royong itu,nyatakan jenis tugas yang kamu sukai,selain mengecat pasu bunga dan menanam pokok bunga.

No comments:

Post a Comment