Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
,

Saturday 5 May 2012

KESAN-KESAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)
Zaman beralih dan musim berubah. Fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku. Dari zaman falsafah ke Zaman Renaissance, bertukar pula ke zaman industri dan zaman atom, kini sampailah pada hari ini yang disebut dengan zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam setiap zaman yang dilalui oleh manusia telah menempuh pelbagai cabaran dan seyogianya manusia memperoleh pelbagai input baharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang ICT telah berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Sesungguhnya, kemajuan teknologi ini meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama ada implikasi yang positif atau negatif.
Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa

Saturday 28 April 2012

Rakaman Video Pengajaran Part 4

PART 4: Guru membuat rumusan berdasarkan kepada kandungan pelajaran akibat daripada menjaga kebersihan dan tidak menjaga kebersihan.Pengajaran diakhiri dengan penghayatan lagu berkaitan penjagaan alam sekitar

Rakaman Video Pengajaran Part 3

PART  3 : Bacaan murid dengan berpandukan buku teks , lakonan dan membina ayat secara lisan.Menjawab soalan dalam lembaran kerja , pemulihan dan pengayaan. Aktiviti di sambung dengan  langkah  4

Rakaman Video Pengajaran Part 2

PART 2 : Bersoal jawab berpandukan kad gambar , power point , murid bersoal jawab dengan guru secara lisan berpandukan gambar-gambar yang ditunjukkan
PART 2

Rakaman Video Pengajaran Part 1

PART  1 :  Set Induksi berkaitan dengan kebersihan sekolah,rumah dan persekitaran.Menjelaskan tajuk pelajaran pada hari ini ialah “ Sekolahku Indah “ dan tema "Sekolahku Rumahku"

Thursday 26 April 2012

Gotong-royong Membersihkan Sekolah

ARAHAN: Baca teks di bawah :

Pada hari yang telah ditetapkan, Wahida dan kawan-kawannya telah bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. 

Cikgu Normah : Wahida, saya melantik kamu dan Shanti untuk menjadi ketua kumpulan. Beritahu tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh anggota kumpulan kamu.

Wahida : Apakah tugas yang perlu dilakukan oleh kumpulan saya, cikgu?

Cikgu Normah : Tolong cat pasu bunga yang terdapat di kawasan perhimpunan. Shanti, beritahu anggota kumpulan kamu supaya menanam pokok-pokok bunga di taman mini. Ambil pasu bunga di stor, ya. Bolehkan kamu lakukan tugas itu, Shanti?

Shanti : Boleh, cikgu. Kalau kami ada masalah, kami akan bertanya kepada cikgu. 

Cikgu Normah : Bagus! Itulah sikap yang saya suka. Kalau kita tidak faham kita mesti bertanya. Sekarang mulakanlah tugas masing-masing.     

1. Aktiviti: Nyatakan ayat permintaan yang terdapat dalam perbualan di atas.
2. Andaikan kamu Wahida atau Shanthi,beritahu anggota kumpulan tentang tugas-tugas yang akan dilakukan.
3. Jika kamu terlibat dalam gotong royong itu,nyatakan jenis tugas yang kamu sukai,selain mengecat pasu bunga dan menanam pokok bunga.

SEKOLAHKU INDAH

Arahan: Lakonkan dialog di bawah:

Penggal baharu persekolahan bermula. Wahida dan Shanti berasa gembira kerana dapat bertemu semula setelah lama bercuti.

Wahida : Apa khabar Shanti? Kamu kelihatan semakin sihat.Wajah kamu kelihatan ceria.

Shanti : Khabar baik Wahida. Kamu pun apa kurangnya. Saya berasa gembira kerana pada tahun ini kita naik ke tahun tiga. 

Wahida : Saya lihat suasa di sekolah kita sudah berbeza. Sekolah kita semakin cantik. Pokok-pokok bunga di sekitar sekolah semakin subur

Shanti : Betul kata kamu. Dahulu pokok-pokok bunga itu tidak subur. Sebenarnya ini usaha Cikgu Ramli, Guru Besar sekolah kita. Beliau yang ingin melihat sekolah kita kelihatan indah dan ceria

Aktiviti:
1. Lawati persekitaran sekolah kamu.
2. Ceritakan persekitaran sekolah kamu di hadapan kelas.

Sunday 8 April 2012

kartun cikgu disiplin

disiplin waktu

Buanglah Sampah Pada Tempatnya

ADAB MAKAN DAN MINUM

Adab terhadap Ibu Bapa

set induksi

Mikro Pengajaran (Bahasa Melayu).mp4

MAKRO PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 PART 1

Upin & Ipin - Kami 1 Malaysia (Bahagian 1)

Upin & Ipin - Seronoknya Membaca (Bahagian 1)

Upin & Ipin - Seronoknya Membaca (Bahagian 2).

Upin & Ipin S2 - Malam Syahdu

Monday 2 April 2012

SALAM PERKENALAN-ASSALAMUALAIKUM W.R.T-W.K.T


Renung dan fikirkan siapa lah kita ini,lahir kita di dunia ini tiada seurat benang yg menutupi tubuh kita,tiada ilmu pengatahuan yg kita tahu,tiada harta yg kita bawa,tiada pangkat dan kedudukan disisi kita,setelah kita melalui peroses peringkat demi peringkat,kita menjadi manusia yang memiliki segala-galanya.Jangan kita lupa yg kita perolehi bukan lah milik kita,Bila dunia yg kita tinggalkan ini,kembali lah kita menemui Allah yg telah mengurniakan kita segala2 yg di perolehi...Menadah tangan lah kita kepada Allah menjadi hamba yg bersyukur,jangan menjadi kufur..berterima kasih lah kepada ibu bapa juga sesama manusia supaya ianya menjadi amalan harian kita demi membina bangsa yang gemilang dan terbilang melalui pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ….. perancang dan pendidik menginsankan manusia supaya mereka berguna kepada diri, masyarakat dan negara.. Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya.…manakala  rakan seperjuangan pula ……..pembuka bicara SELOKA KU….
Hendak pergi ke Singapura,
Singgah sebentar di Kuala Kangsar,
Berkorban demi nusa dan negara,
Guru Pembina Negara Bangsa.