KESAN-KESAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)
Zaman beralih dan musim berubah. Fasa demi fasa perubahan
dunia telah berlaku. Dari zaman falsafah ke Zaman Renaissance, bertukar pula ke
zaman industri dan zaman atom, kini sampailah pada hari ini yang disebut dengan
zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam setiap zaman yang dilalui oleh manusia
telah menempuh pelbagai cabaran dan seyogianya manusia memperoleh pelbagai
input baharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang ICT telah
berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Teknologi
ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam
bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Sesungguhnya,
kemajuan teknologi ini meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama ada
implikasi yang positif atau negatif.
Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa
kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di surat khabar menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Begitulah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.

Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan
efektif dan efisien dengan adanya kemudahan maklumat ini. Dunia hari
ini heboh tentang e-niaga iaitu cara perniagaan melalui elektronik.
Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir
semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman sesawang mereka beserta
alamat mel elektronik atau e-mel. Kini, istilah www.sesuatu.com.my bukan lagi satu
perkara yang asing. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui
internet, bukan sahaja dari peringkat glokal malah dari seluruh pelosok global
ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini malah
tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar yang mengkhabarkan
seorang suri rumah
tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-mel. Jadi, jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif dari aspek perniagaan.
tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-mel. Jadi, jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif dari aspek perniagaan.
Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat juga meningkatkan
kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan
teknologi maklumat secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia.
Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang
amat minimum. Umpamanya, dengan adanya e-mel, sesuatu maklumat dapat dihantar
dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi
maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan
dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi
telah memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi maklumat. Hal ini
dapat dibuktikan ketika Bill Gates, insan terkaya di dunia melawat Koridor Raya
Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) di
kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau memuji
Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat
multimedianya. Oleh
itu, terbuktilah bahawa pembangunan teknologi maklumat membolehkan Malaysia
berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.
Dari segi sosialnya pula, pembangunan teknologi maklumat mengeratkan
hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang
berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran
atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada
bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana
pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar
rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan
melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada
panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain
itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan
juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama
dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara dan berbilang kaum.
Bukankah teknologi ini satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?
Walau bagaimanapun, pembangunan pesat teknologi maklumat tidak bebas daripada implikasi
negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek negatif
yang boleh menggugat keamanan negara. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat
sesetengah pihak yang menggunakan teknologi ini untuk yang menyampaikan khabar
yang tidak berasas dan berbaur
fitnah. Di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Contohnya, terdapat khabar
angin yang mengatakan bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di
Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet pada suatu ketika
dahulu. Khabar angin ini pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar
batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita
sendiri. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat
jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita.
Aspek negatif internet inilah yang sukar dibendung oleh sesiapa , Cuma kewarasan
berfikir dan pengetahuan tulin sahaja dapat mengelakkan dari perkara-perkara yang lebih negatif lagi.
Teknologi maklumat juga
menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ingin mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat bagai belut diketil ekor dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Hal ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan lagi. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia. Sesungguhnya, teknologi maklumat sememangnya menyebarkan unsur-unsur lucah dan meningkatkan kebejatan akhlak remaja kita.

Sebagai penutup bicara, teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa
yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita.
Jadi, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan
teknologi maklumat ini. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing
dan mengambil langkah sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku
seiring dengan ledakan teknologi berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita
bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh. Semoga impian negara
untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi tercapai bagi memudahkan
negara merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020. Sesungguhnya Saidina Ali Abi
Talib pernah berkata bahawa manusia yang berdagang dengan ilmu maka ilmunya
akan bertambah tetapi apabila manusia berdagang dengan harta maka hartanya
semakin berkurang.
Kosa kata:
1. seyogia – sepatutnya, selayaknya
2. input – sumber
3. menginjak – mengubah
4. kompetitif – bersaing
5. glokal – tempatan
6. berbaur – bercampur
7. anarki – porak-peranda
8. wahana – saluran
9. kebejatan – keruntuhan
No comments:
Post a Comment